Khamis, 25 September 2008

Selamat Hari Raya 2008

More AIDILFITRI graphics

Utk semu rakan2 blogger dan sekelian pembaca....moga 2008 ini lebih ceria
ada wat makan2 tak...heheheheh

Jumaat, 8 Ogos 2008

KESAHIHAN MAKLUMAT DAN DATA

Assalamualaikum ;

Kepada rakan-rakan dan blogger-blogger semua, harap dapat menyebarkan maklumat tentang SMK Bukit Gading dengan TEPAT DAN BETUL. Harap tidak menyebarkan maklumat yang tidak tepat dan salah. Pagi tadi ( 08/08/08 ) saya telah singgah ke SMK Bukit Gading dan telah menerima teguran dan pandangan dari seorang guru SMK Bukit Gading berkaitan maklumat mengenai SMK Bukit Gading yang tidak tepat dan salah.

Sebagai mewakili Persatuan Alumni SMK Bukit Gading, kami tidak akan menyebarkan sebarang maklumat mengenai SMK Bukit Gading tanpa mendapat pengesahan dari Pengetua atau kakitangan pengurusan SMK Bukit Gading. Setakat ini apa yang kami sebarkan adalah berkaitan dengan aktiviti ASBUDI. Saya berharap semua bekas pelajar atau sesiapa saja yang ingin mempamerkan sebarang maklumat mengenai SMK Bukit Gading, adalah diharapkan menyebarkan atau memamerkan maklumat yang tepat.

Semoga GADING08 akan menjadi tempat berkongsi maklumat mengenai SMK Bkit gading, bekas pelajar dan bekas kakitangan. Semua dijemput untuk memberikan pandangan atau komen.

Terimakasih.

Jumaat, 18 Julai 2008

STAR ACMS PUBLIC LECTURE SERIES 2006

STAR ACMS PUBLIC LECTURE SERIES 2006

12/9/06-14/9/06 (KL Cititel Mid Valley, University Malaya INPUMA & Penang Cititel)

"Leadership, Management Styles & Strategies of Genghis Khan" - by John Man

This Public Lecture depicts Genghis Khan as one of the greatest leaders in world history & is aimed at giving an enthralling account of Genghis Khan's successful military strategies and administration in direct application to contemporary management modus operandi.

Organiser: Star Publications (M) Bhd & Asian Center for Media Studies (ACMS)
Official Airline: Royal Brunei Airlines
Official Hotel: Cititel Mid Valley & Cititel Penang
Book Prize Sponsor: MPH Bookstores

STAR-ACMS' CONTRIBUTION

Books on History and Economics to be purchased for selected schools.

For Kuala Lumpur, with a total contribution of RM3,150, the following Schools have been chosen:
1. Methodist Girls School
2. SMK La Salle Sentul
3. SMK Bukit Gading

For Penang, with a total contribution of RM2,565 were distributed to 3 deserving schools.
1. Penang Free School
2. SMJK Heng Ee
3. SMJK Chung Ling

Khamis, 17 Julai 2008

Kejayaan Program Usahawan Muda ( PERMATA ) SMK Bukit Gading

Kejayaan Program Usahawan Muda ( PERMATA ) SMK Bukit Gading yg diwakili oleh Syarikat Ivory Generation Sdn Bhd di peringkat negeri.

1. Johan Syarikat Terbaik
2. Johan Sekolah Terbaik
3. Johan Persembahan Terbaik
4. Johan Pengurus Terbaik
6. Naib Johan Pengurusan Kewangan Terbaik
7. Ke-3 Perkhidmatan Terbaik
8. Ke-3 Guru Pembimbing Terbaik

Kejayaan Program Usahawan Muda ( PERMATA ) SMK Bukit Gading yg diwakili oleh Syarikat Ivory Generation Sdn Bhd di peringkat nasional (mewakili negeri Selangor).

1. Johan Persembahan Terbaik
2. Naib Johan Pengurus Terbaik
3. Ke-3 Syarikat Terbaik
4. Ke-3 Pengetua Terbaik


MAKTAB Sultan Abu Bakar (MSAB), Johor Bahru, muncul juara pertandingan Anugerah Syarikat Terbaik pada Konvensyen Program Usahawan Muda Nasional ke-11 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru, baru-baru ini.

Kejayaan MSAB menerusi syarikat dinamakan Excellent Crew itu melayakkannya meraih hadiah wang tunai RM5,000. Seterusnya, naib johan dimenangi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Lipis, Kuala Lipis (Syarikat Puncak Seri Sdn Bhd), manakala tempat ketiga pula disandang SMK Bukit Gading, Sg Plong, Sungai Buloh (Syarikat Ivory Generation Sdn Bhd), dengan masing-masing menerima hadiah wang tunai RM3,000 dan RM2,000.

Kategori Produk Terbaik menyaksikan produk berasaskan pandan, Arodance keluaran Syarikat Star Century dari SMK Tunku Abd Rahman Putra, Kulai, dan produk Beanie Clock and Herb Clock (Syarikat Mega Fortune Sdn Bhd, SMK Permatang Tok Jaya, Butterworth) meraih Anugerah Khas Juri.

SM Agama Aimaad, Arau, mengungguli Anugerah Perkhidmatan Terbaik melalui Syarikat Ambarathulriatul Maad Sdn Bhd yang menawarkan perkhidmatan pakej umrah dan ziarah. Naib johan penganugerahan berkenaan disandang oleh Syarikat Excellent Crew, MSAB - perkhidmatan paintball dan sementara ketiga, TI Karisma Kreatif Sdn Bhd, SM Teknik Tunku Abd Rahman Putra, Georgetown (pakej team building). Bagi setiap kategori anugerah itu, johan menerima hadiah wang tunai RM1,000, naib johan (RM800) dan ketiga (RM700). Bagi

Anugerah Pengurus Terbaik, johannya ialah Siti Norhidayah Kamarudin (Syarikat Puncak Seri Sdn Bhd - SMK Seri Lipis); naib johan, Mohd Akmalshamin Abdul Rahim (Ivory Generation Sdn Bhd - SMK Bukit Gadong) dan ketiga, Muhammad Salehuddin Zulkifli (Syarikat Al-Himatul Ansar Sdn Bhd - SMK Agama Nibong Tebal). Masing-masing meraih wang tunai RM1,000 bagi johan, naib johan (RM700) dan ketiga (RM500).

Anugerah Guru Pembimbing Terbaik dimenangi Muhammad Zawawi Md Noordin (Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru) sekali gus meraih wang tunai RM2,000; naib johan, Mutia Sobihah Abd Halim (SM Agama Atas Sultan Zainal Abidin - RM1,500) dan ketiga, Siti Zubaidah Fazai (SMK Seri Lipis - RM1,000).

Sementara itu, Pengetua Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Halimah Shaaban muncul johan Anugerah Pengetua Terbaik, diikuti naib johan, Jamaluddin Yusof (Sekolah Tuanku Abd Rahman, Ipoh) dan Siti Endon Mohd Dahlan, SMK Bukit Gading (ketiga). Masing-masing menerima hadiah wang tunai RM400 (johan), naib johan (RM300) dan ketiga (RM200).

Kategori Anugerah Pelaksana Terbaik pula dimenangi Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Terengganu. Semua anugerah disampaikan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Musa Mohammad.

Sumber: Berita Harian (Pendidikan) 30 Mei 2007,Rabu

Selasa, 8 Julai 2008

MESYUARAT AJK ASBUDI 08/02

Mesyuarat AJK Persatuan Alumni SMK Bukit Gading akan diadakan seperti berikut ;

Tarikh : 13hb. Julai, 2008 ( Ahad )
Masa : 9.30 am hingga 12.30 am
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Bukit Gading, Sg. Buloh
Agenda :
1. Status perdaftaran ASBUDI
2. Status kewangan
3. Program ASBUDI
a. Majlis Berbuka Puasa
b. Karnival Alumni
c. Program Motivasi Bersama Sekolah dan PIBG
4. Logo ASBUDI

Kehadiran semua AJK ASBUDI amat diharap semoga perjalanan dan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan dapat berjalan dengan lancar.

Salam Hormat dari ;

Maharin Bin Hamid
Setiausaha ASBUDI

Selasa, 1 Julai 2008

SUMBANGAN

Terimakasih diucapkan kepada YB Abdul Shukur Bin Idrus, ADUN Kuang dan juga bekas pelajar SMK Kuang kerana telah memberikan sumbangan sebanyak RM 3000.00 sebagai dana awal untuk Ahli Jawatan Kuasa melaksanakan aktiviti pendaftaran dan program promosi dan pendaftaran ahli.

Sebahagian kecil dari sumbangan ini telah disalurkan kepada PIBG SMK Bukit Gading untuk melaksanakan program " keibubapaan " yang telah dilaksanakan pada 22hb Jun, 2008 yang lepas.

Sebarang bentuk sumbangan amat dialu-alukan dari bekas-bekas pelajar atau pihak-pihak yang bersedia membantu mengembangkan matlamat pertubuhan Persatuan Alumni SMK Bukit Gading dan seterusnya membantu meningkatkan tahap pencapaian SMK Bukit Gading samada dari segi akademik, ko-kurikulom atau sahsiah pelajar.

Sila hubungi Jawatankuasa ASBUDI sekiranya anda ingin memberikan sebarang sumbangan samada dari segi wang ringgit, material atau tenaga kerja. Semoga sumbangan anda mendapat balasan dari Allah swt.

PERSATUAN ALUMNI SMK BUKIT GADING ( ASBUDI )

Salam sejahtera......

Kepada semua bekas pelajar, kakitangan akademik dan kakitangan sokongan, adalah dengan suka citanya di isytiharkan bahawasanya, persatuan bekas-bekas pelajar telah ditubuhkan dengan rasminya pada 2hb Jun., 2008 dengan nama : PERSATUAN ALUMNI SMK BUKIT GADING atau ringkasnya ASBUDI.

Alumni SMK Bukit Gading telah ditubuhkan diatas permintaan dan daya usaha bekas-bekas pelajar, bekas guru dan kakitangan serta pentadbir SMK Bukit Gading. Mesyuarat pertama telah diadakan pada bulan November 2007 dan satu Jawatan Kuasa Penaja telah dilantik untuk menyusun dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang perlu untuk penubuhan dan pendaftaran Alumni SMK Bukit Gading ( ASBUDI ).

Alumni SMK Bukit Gading telah ditubuhkan dan didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Selangor pada 21hb April., 2007 dan pada 2hb Jun., 2008 telah berjaya didaftarkan dengan no pendaftaran : 1006-08-SEL. Terimakasih kepada Pn. Norazrin Binti Mohamad Jani, pegawai di Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor yang juga bekas pelajar SMK Bukit Gading, yang banyak membantu sewaktu prosess pendaftaran dilakukan.


Ke ahlian ASBUDI, terbuka kepada :
  • Ahli Biasa - terbuka kepada bekas-bekas pelajar SMK Bukit Gading dan Darjah Menengah Kebangsaan Kuang
  • Ahli Bersekutu - terbuka kepada bekas guru dan kakitangan SMK Bukit Gading dan Darjah Menengah Kebangsaan Kuang

Objektif Penubuhan ASBUDI :

  1. Mengumpul dan menyatukan semua bekas-bekas pelajar MK Bukit Gading dan Darjah Menengah Kebangsaan Kuang
  2. Bekerjasama dan bersepakat dengan pentadbiran MK Bukit Gading didalam merangka program kecermerlangan akademik
  3. Membantu sekolah SMK Bukit Gading melahirkan pelajar yang cemerlang samada dari segi akademik atau sahsiah diri
Matlamat penubuhan ASBUDI adalah sehingga mencapai tahap penubuhan Koperasi ASBUDI yang mana bekas-bekas pelajar adalah pelabur utama. Adalah diharapkan penubuhan koperasi itu nanti akan memberikan impak yang besar kepada sosio ekonomi bekas-bekas pelajar disamping sebagai satu saluran untuk saling membantu sesama bekas pelajar.

Disamping itu, ASBUDI diharapkan akan menjadi wadah penghubung kepada semua bekas-bekas pelajar, bekas-bekas guru dan bekas-bekas kakitangan MK Bukit Gading dan Darjah Menengah Kebangsaan Kuang. Semoga ikatan silaturahim yang dipupuk dari zaman persekolahan akan berkekalan sehingga ke akhir hayat... insyallah.




AHLI JAWATAN KUASA ASBUDI

  • Penaung : YB Abdul Shukur Bin Idrus ( ADUN Kuang dan bekas pelajar SMK Bukit Gading )
  • Pengerusi : Saharudin Bin Simid ( H/P : 016-3866705 )
  • Naib Pengerusi : Hj. Mazli Bin Mat Shah ( H/P : 019-3232077 )
  • Setiausaha : Maharin Bin Hamid ( H/P : 019-2100199 )
  • Pen. Setiausaha : Jamal Bin Ibrahim
  • Bendahari : Shamsul Azehar Bin Kamaruddin ( H/P : 019-3200444 )
Ahli Jawatan Kuasa :
  1. Sohaimi Bin Shahadan
  2. Zarina Binti Mohd Nasir
  3. Zulkeplee Bin Amoni
  4. Nor Masitah Binti Ibrahim
  5. AzmiBin Shamsuri
  6. Salihin Bin Abu Bakar
  7. Saparudin Bin Hj. Hussain @ cikgu Apai
  8. Noor Alhady Bin Abd Wahab
  9. Mohamad Hatta Bin Shafii
  10. Nor Azman Bin Osman
  11. Shamugam a/l Ramachandaram
  12. Hafizah Binti Ismam
  13. Mazliah Binti Mat Shah