Khamis, 7 Mei 2009

Lokasi SMK Bukit Gading


View SMK Bukit Gading in a larger map

Harapan agar semua para-para lepasan dan bekas pekerja dan guru SMK Bukit Gading tidak lupa SMK Bukit Gading.

Rabu, 22 April 2009

Mesyuarat Agung Kali Pertama ASBUDI - 1006-08-SEL

Kepada semua bekas-bekas pelajar, guru-guru dan kakitangan SMBG pihak Persatuan Alumni SMK Bukit Gading (ASBUDI) akan mengadakan mesyuarat agung kali pertama bertempat di Sekolah Men Bukit Gading.

Kehadiran semua bekas-bekas pelajar, guru dan kakitangan di alu-alukan bagi menyemarakan lagi suasana dan dapat lah kita menyatukan dan mengumpul kesemua bekas pelajar, guru dan kakitangan. Disamping itu pihak ASBUDI juga akan menwujudkan jaringan usahawan dan perniagaan di antara bekas-bekas pelajar.

Objektif

  1. Mengumpul dan menyatukan semua bekas pelajar,guru dan kakitangan SMK Bukit Gading dan Darjah Menengah Kuang.
  2. Bekerjasama dan sepakat dengan pentadbiran SMK bukit Gading dalam merangka program kecermelangan akademik.
  3. Membantu sekolah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akedemik dan sasiah diri.
Mesyuarat akan diadakan di SMK Bukit Gading pada 17hb May 2009 dari jam 8.30 - 1.00pm

Minum pagi dan makan tengahari di sediakan oleh pihak ASBUDI

ASBUDI akan mengadakan sesi pendaftaran ahli dari bekas pelajar, guru dan kakitangan disamping itu terdapat beberapa acara yang akan di susun untuk kanak-kanak dan sedikit pameran sejarah SMK Bukit Gading dan Darjah Menengah Kuang di perkarangan sekolah


Kehadiran anda amat kami hargai semoga dengan adanya ASBUDI jaring kita akan bertambah mantap untuk kini dan mas

Untuk pendaftaran secaran online sila klik disini

Selasa, 24 Februari 2009

Kelab Keusahawanan - Utusan Malaysia

Jun 2003 di Petik daripada Utusan Malaysia

Golongan guru dan pelajar menyambut baik usaha pelbagai pihak dalam memberi pendedahan awal keusahawanan di kalangan pelajar.

Kaunselor Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Gading, Sungai Buloh, Selangor, Masbah Lamat berkata, sebarang program yang boleh memberi pendedahan awal dan kemahiran berniaga di kalangan pelajar perlu diberi sokongan dalam menjayakannya.

Ini kerana katanya, program itu bukan sahaja dapat menanam minat pelajar untuk menjalankan bisnes tetapi turut membantu mereka memperoleh kemahiran yang tidak dipelajari di sekolah.

``Tiada mata pelajaran keusahawanan ditawarkan di sekolah. Jadi pelajar perlu mempunyai inisiatif untuk mendapatkan kemahiran itu melalui pihak luar, misalnya menerusi pertandingan dan konvensyen keusahawanan anjuran pelbagai pihak,'' katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau ditemui selepas Majlis Perasmian Pertandingan Rancangan Keusahawanan Antara Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Selangor anjuran Kolej Universiti Teknologi dan Pengurusan Malaysia (KUTPM) di Shah Alam, baru-baru ini.

Pelajar tingkatan lima, SMK Bukit Gading, Sungai Buloh, Shah Al-Hafiz Mat Zawawi pula berkata, kesan positif yang diperoleh daripada pertandingan itu akan digunakannya untuk mendalami bidang perniagaan.

``Walaupun saya tidak berhasrat menceburi bidang perniagaan, saya berminat menyertai pertandingan ini kerana ilmu dan kemahiran yang diperoleh boleh membantu saya berdikari,'' katanya.