Khamis, 2009 Mei 07
Lokasi SMK Bukit Gading
View SMK Bukit Gading in a larger map
Harapan agar semua para-para lepasan dan bekas pekerja dan guru SMK Bukit Gading tidak lupa SMK Bukit Gading.
Rabu, 2009 April 22
Mesyuarat Agung Kali Pertama ASBUDI - 1006-08-SEL
Kehadiran semua bekas-bekas pelajar, guru dan kakitangan di alu-alukan bagi menyemarakan lagi suasana dan dapat lah kita menyatukan dan mengumpul kesemua bekas pelajar, guru dan kakitangan. Disamping itu pihak ASBUDI juga akan menwujudkan jaringan usahawan dan perniagaan di antara bekas-bekas pelajar.
Objektif
- Mengumpul dan menyatukan semua bekas pelajar,guru dan kakitangan SMK Bukit Gading dan Darjah Menengah Kuang.
- Bekerjasama dan sepakat dengan pentadbiran SMK bukit Gading dalam merangka program kecermelangan akademik.
- Membantu sekolah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akedemik dan sasiah diri.
Minum pagi dan makan tengahari di sediakan oleh pihak ASBUDI
ASBUDI akan mengadakan sesi pendaftaran ahli dari bekas pelajar, guru dan kakitangan disamping itu terdapat beberapa acara yang akan di susun untuk kanak-kanak dan sedikit pameran sejarah SMK Bukit Gading dan Darjah Menengah Kuang di perkarangan sekolah
Kehadiran anda amat kami hargai semoga dengan adanya ASBUDI jaring kita akan bertambah mantap untuk kini dan mas
Untuk pendaftaran secaran online sila klik disini
Selasa, 2009 Februari 24
Kelab Keusahawanan - Utusan Malaysia
Golongan guru dan pelajar menyambut baik usaha pelbagai pihak dalam memberi pendedahan awal keusahawanan di kalangan pelajar.
Kaunselor Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Gading, Sungai Buloh, Selangor, Masbah Lamat berkata, sebarang program yang boleh memberi pendedahan awal dan kemahiran berniaga di kalangan pelajar perlu diberi sokongan dalam menjayakannya.
Ini kerana katanya, program itu bukan sahaja dapat menanam minat pelajar untuk menjalankan bisnes tetapi turut membantu mereka memperoleh kemahiran yang tidak dipelajari di sekolah.
``Tiada mata pelajaran keusahawanan ditawarkan di sekolah. Jadi pelajar perlu mempunyai inisiatif untuk mendapatkan kemahiran itu melalui pihak luar, misalnya menerusi pertandingan dan konvensyen keusahawanan anjuran pelbagai pihak,'' katanya kepada Utusan Malaysia.
Beliau ditemui selepas Majlis Perasmian Pertandingan Rancangan Keusahawanan Antara Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Selangor anjuran Kolej Universiti Teknologi dan Pengurusan Malaysia (KUTPM) di Shah Alam, baru-baru ini.
Pelajar tingkatan lima, SMK Bukit Gading, Sungai Buloh, Shah Al-Hafiz Mat Zawawi pula berkata, kesan positif yang diperoleh daripada pertandingan itu akan digunakannya untuk mendalami bidang perniagaan.
``Walaupun saya tidak berhasrat menceburi bidang perniagaan, saya berminat menyertai pertandingan ini kerana ilmu dan kemahiran yang diperoleh boleh membantu saya berdikari,'' katanya.
Khamis, 2008 September 25
Selamat Hari Raya 2008
More AIDILFITRI graphicsUtk semu rakan2 blogger dan sekelian pembaca....moga 2008 ini lebih ceria
ada wat makan2 tak...heheheheh
Jumaat, 2008 Ogos 08
KESAHIHAN MAKLUMAT DAN DATA
Kepada rakan-rakan dan blogger-blogger semua, harap dapat menyebarkan maklumat tentang SMK Bukit Gading dengan TEPAT DAN BETUL. Harap tidak menyebarkan maklumat yang tidak tepat dan salah. Pagi tadi ( 08/08/08 ) saya telah singgah ke SMK Bukit Gading dan telah menerima teguran dan pandangan dari seorang guru SMK Bukit Gading berkaitan maklumat mengenai SMK Bukit Gading yang tidak tepat dan salah.
Sebagai mewakili Persatuan Alumni SMK Bukit Gading, kami tidak akan menyebarkan sebarang maklumat mengenai SMK Bukit Gading tanpa mendapat pengesahan dari Pengetua atau kakitangan pengurusan SMK Bukit Gading. Setakat ini apa yang kami sebarkan adalah berkaitan dengan aktiviti ASBUDI. Saya berharap semua bekas pelajar atau sesiapa saja yang ingin mempamerkan sebarang maklumat mengenai SMK Bukit Gading, adalah diharapkan menyebarkan atau memamerkan maklumat yang tepat.
Semoga GADING08 akan menjadi tempat berkongsi maklumat mengenai SMK Bkit gading, bekas pelajar dan bekas kakitangan. Semua dijemput untuk memberikan pandangan atau komen.
Terimakasih.
Jumaat, 2008 Julai 18
STAR ACMS PUBLIC LECTURE SERIES 2006
STAR ACMS PUBLIC LECTURE SERIES 2006
12/9/06-14/9/06 (KL Cititel Mid Valley, University Malaya INPUMA & Penang Cititel)
"Leadership, Management Styles & Strategies of Genghis Khan" - by John Man
This Public Lecture depicts Genghis Khan as one of the greatest leaders in world history & is aimed at giving an enthralling account of Genghis Khan's successful military strategies and administration in direct application to contemporary management modus operandi.
Organiser: Star Publications (M) Bhd & Asian Center for Media Studies (ACMS)
Official Airline: Royal Brunei Airlines
Official Hotel: Cititel Mid Valley & Cititel Penang
Book Prize Sponsor: MPH Bookstores
STAR-ACMS' CONTRIBUTION
Books on History and Economics to be purchased for selected schools.
For Kuala Lumpur, with a total contribution of RM3,150, the following Schools have been chosen:
1. Methodist Girls School
2. SMK La Salle Sentul
3. SMK Bukit Gading
For Penang, with a total contribution of RM2,565 were distributed to 3 deserving schools.
1. Penang Free School
2. SMJK Heng Ee
3. SMJK Chung Ling
Khamis, 2008 Julai 17
Kejayaan Program Usahawan Muda ( PERMATA ) SMK Bukit Gading
1. Johan Syarikat Terbaik
2. Johan Sekolah Terbaik
3. Johan Persembahan Terbaik
4. Johan Pengurus Terbaik
6. Naib Johan Pengurusan Kewangan Terbaik
7. Ke-3 Perkhidmatan Terbaik
8. Ke-3 Guru Pembimbing Terbaik
Kejayaan Program Usahawan Muda ( PERMATA ) SMK Bukit Gading yg diwakili oleh Syarikat Ivory Generation Sdn Bhd di peringkat nasional (mewakili negeri Selangor).
1. Johan Persembahan Terbaik
2. Naib Johan Pengurus Terbaik
3. Ke-3 Syarikat Terbaik
4. Ke-3 Pengetua Terbaik
MAKTAB Sultan Abu Bakar (MSAB), Johor Bahru, muncul juara pertandingan Anugerah Syarikat Terbaik pada Konvensyen Program Usahawan Muda Nasional ke-11 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru, baru-baru ini. Kejayaan MSAB menerusi syarikat dinamakan Excellent Crew itu melayakkannya meraih hadiah wang tunai RM5,000. Seterusnya, naib johan dimenangi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Lipis, Kuala Lipis (Syarikat Puncak Seri Sdn Bhd), manakala tempat ketiga pula disandang SMK Bukit Gading, Sg Plong, Sungai Buloh (Syarikat Ivory Generation Sdn Bhd), dengan masing-masing menerima hadiah wang tunai RM3,000 dan RM2,000. Kategori Produk Terbaik menyaksikan produk berasaskan pandan, Arodance keluaran Syarikat Star Century dari SMK Tunku Abd Rahman Putra, Kulai, dan produk Beanie Clock and Herb Clock (Syarikat Mega Fortune Sdn Bhd, SMK Permatang Tok Jaya, Butterworth) meraih Anugerah Khas Juri. SM Agama Aimaad, Arau, mengungguli Anugerah Perkhidmatan Terbaik melalui Syarikat Ambarathulriatul Maad Sdn Bhd yang menawarkan perkhidmatan pakej umrah dan ziarah. Naib johan penganugerahan berkenaan disandang oleh Syarikat Excellent Crew, MSAB - perkhidmatan paintball dan sementara ketiga, TI Karisma Kreatif Sdn Bhd, SM Teknik Tunku Abd Rahman Putra, Georgetown (pakej team building). Bagi setiap kategori anugerah itu, johan menerima hadiah wang tunai RM1,000, naib johan (RM800) dan ketiga (RM700). Bagi Anugerah Pengurus Terbaik, johannya ialah Siti Norhidayah Kamarudin (Syarikat Puncak Seri Sdn Bhd - SMK Seri Lipis); naib johan, Mohd Akmalshamin Abdul Rahim (Ivory Generation Sdn Bhd - SMK Bukit Gadong) dan ketiga, Muhammad Salehuddin Zulkifli (Syarikat Al-Himatul Ansar Sdn Bhd - SMK Agama Nibong Tebal). Masing-masing meraih wang tunai RM1,000 bagi johan, naib johan (RM700) dan ketiga (RM500). Anugerah Guru Pembimbing Terbaik dimenangi Muhammad Zawawi Md Noordin (Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru) sekali gus meraih wang tunai RM2,000; naib johan, Mutia Sobihah Abd Halim (SM Agama Atas Sultan Zainal Abidin - RM1,500) dan ketiga, Siti Zubaidah Fazai (SMK Seri Lipis - RM1,000). Sementara itu, Pengetua Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Halimah Shaaban muncul johan Anugerah Pengetua Terbaik, diikuti naib johan, Jamaluddin Yusof (Sekolah Tuanku Abd Rahman, Ipoh) dan Siti Endon Mohd Dahlan, SMK Bukit Gading (ketiga). Masing-masing menerima hadiah wang tunai RM400 (johan), naib johan (RM300) dan ketiga (RM200). Kategori Anugerah Pelaksana Terbaik pula dimenangi Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Terengganu. Semua anugerah disampaikan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Musa Mohammad. |
| |

