
Utk semu rakan2 blogger dan sekelian pembaca....moga 2008 ini lebih ceria
ada wat makan2 tak...heheheheh
WADAH PENGHUBUNG BEKAS-BEKAS PELAJAR, BEKAS-BEKAS GURU DAN BEKAS-BEKAS KAKITANGAN SMK BUKIT GADING DAN DARJAH MENENGAH KEBANGSAAN KUANG
This Public Lecture depicts Genghis Khan as one of the greatest leaders in world history & is aimed at giving an enthralling account of Genghis Khan's successful military strategies and administration in direct application to contemporary management modus operandi.
Organiser: Star Publications (M) Bhd & Asian Center for Media Studies (ACMS)
Official Airline: Royal Brunei Airlines
Official Hotel: Cititel Mid Valley & Cititel Penang
Book Prize Sponsor: MPH Bookstores
Books on History and Economics to be purchased for selected schools.
For Kuala Lumpur, with a total contribution of RM3,150, the following Schools have been chosen:
1. Methodist Girls School
2. SMK La Salle Sentul
3. SMK Bukit Gading
For Penang, with a total contribution of RM2,565 were distributed to 3 deserving schools.
1. Penang Free School
2. SMJK Heng Ee
3. SMJK Chung Ling
MAKTAB Sultan Abu Bakar (MSAB), Johor Bahru, muncul juara pertandingan Anugerah Syarikat Terbaik pada Konvensyen Program Usahawan Muda Nasional ke-11 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru, baru-baru ini. Kejayaan MSAB menerusi syarikat dinamakan Excellent Crew itu melayakkannya meraih hadiah wang tunai RM5,000. Seterusnya, naib johan dimenangi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Lipis, Kuala Lipis (Syarikat Puncak Seri Sdn Bhd), manakala tempat ketiga pula disandang SMK Bukit Gading, Sg Plong, Sungai Buloh (Syarikat Ivory Generation Sdn Bhd), dengan masing-masing menerima hadiah wang tunai RM3,000 dan RM2,000. Kategori Produk Terbaik menyaksikan produk berasaskan pandan, Arodance keluaran Syarikat Star Century dari SMK Tunku Abd Rahman Putra, Kulai, dan produk Beanie Clock and Herb Clock (Syarikat Mega Fortune Sdn Bhd, SMK Permatang Tok Jaya, Butterworth) meraih Anugerah Khas Juri. SM Agama Aimaad, Arau, mengungguli Anugerah Perkhidmatan Terbaik melalui Syarikat Ambarathulriatul Maad Sdn Bhd yang menawarkan perkhidmatan pakej umrah dan ziarah. Naib johan penganugerahan berkenaan disandang oleh Syarikat Excellent Crew, MSAB - perkhidmatan paintball dan sementara ketiga, TI Karisma Kreatif Sdn Bhd, SM Teknik Tunku Abd Rahman Putra, Georgetown (pakej team building). Bagi setiap kategori anugerah itu, johan menerima hadiah wang tunai RM1,000, naib johan (RM800) dan ketiga (RM700). Bagi Anugerah Pengurus Terbaik, johannya ialah Siti Norhidayah Kamarudin (Syarikat Puncak Seri Sdn Bhd - SMK Seri Lipis); naib johan, Mohd Akmalshamin Abdul Rahim (Ivory Generation Sdn Bhd - SMK Bukit Gadong) dan ketiga, Muhammad Salehuddin Zulkifli (Syarikat Al-Himatul Ansar Sdn Bhd - SMK Agama Nibong Tebal). Masing-masing meraih wang tunai RM1,000 bagi johan, naib johan (RM700) dan ketiga (RM500). Anugerah Guru Pembimbing Terbaik dimenangi Muhammad Zawawi Md Noordin (Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru) sekali gus meraih wang tunai RM2,000; naib johan, Mutia Sobihah Abd Halim (SM Agama Atas Sultan Zainal Abidin - RM1,500) dan ketiga, Siti Zubaidah Fazai (SMK Seri Lipis - RM1,000). Sementara itu, Pengetua Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Halimah Shaaban muncul johan Anugerah Pengetua Terbaik, diikuti naib johan, Jamaluddin Yusof (Sekolah Tuanku Abd Rahman, Ipoh) dan Siti Endon Mohd Dahlan, SMK Bukit Gading (ketiga). Masing-masing menerima hadiah wang tunai RM400 (johan), naib johan (RM300) dan ketiga (RM200). Kategori Anugerah Pelaksana Terbaik pula dimenangi Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Terengganu. Semua anugerah disampaikan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Musa Mohammad. |
|