Selasa, 1 Julai 2008

PERSATUAN ALUMNI SMK BUKIT GADING ( ASBUDI )

Salam sejahtera......

Kepada semua bekas pelajar, kakitangan akademik dan kakitangan sokongan, adalah dengan suka citanya di isytiharkan bahawasanya, persatuan bekas-bekas pelajar telah ditubuhkan dengan rasminya pada 2hb Jun., 2008 dengan nama : PERSATUAN ALUMNI SMK BUKIT GADING atau ringkasnya ASBUDI.

Alumni SMK Bukit Gading telah ditubuhkan diatas permintaan dan daya usaha bekas-bekas pelajar, bekas guru dan kakitangan serta pentadbir SMK Bukit Gading. Mesyuarat pertama telah diadakan pada bulan November 2007 dan satu Jawatan Kuasa Penaja telah dilantik untuk menyusun dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang perlu untuk penubuhan dan pendaftaran Alumni SMK Bukit Gading ( ASBUDI ).

Alumni SMK Bukit Gading telah ditubuhkan dan didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Selangor pada 21hb April., 2007 dan pada 2hb Jun., 2008 telah berjaya didaftarkan dengan no pendaftaran : 1006-08-SEL. Terimakasih kepada Pn. Norazrin Binti Mohamad Jani, pegawai di Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor yang juga bekas pelajar SMK Bukit Gading, yang banyak membantu sewaktu prosess pendaftaran dilakukan.


Ke ahlian ASBUDI, terbuka kepada :
  • Ahli Biasa - terbuka kepada bekas-bekas pelajar SMK Bukit Gading dan Darjah Menengah Kebangsaan Kuang
  • Ahli Bersekutu - terbuka kepada bekas guru dan kakitangan SMK Bukit Gading dan Darjah Menengah Kebangsaan Kuang

Objektif Penubuhan ASBUDI :

  1. Mengumpul dan menyatukan semua bekas-bekas pelajar MK Bukit Gading dan Darjah Menengah Kebangsaan Kuang
  2. Bekerjasama dan bersepakat dengan pentadbiran MK Bukit Gading didalam merangka program kecermerlangan akademik
  3. Membantu sekolah SMK Bukit Gading melahirkan pelajar yang cemerlang samada dari segi akademik atau sahsiah diri
Matlamat penubuhan ASBUDI adalah sehingga mencapai tahap penubuhan Koperasi ASBUDI yang mana bekas-bekas pelajar adalah pelabur utama. Adalah diharapkan penubuhan koperasi itu nanti akan memberikan impak yang besar kepada sosio ekonomi bekas-bekas pelajar disamping sebagai satu saluran untuk saling membantu sesama bekas pelajar.

Disamping itu, ASBUDI diharapkan akan menjadi wadah penghubung kepada semua bekas-bekas pelajar, bekas-bekas guru dan bekas-bekas kakitangan MK Bukit Gading dan Darjah Menengah Kebangsaan Kuang. Semoga ikatan silaturahim yang dipupuk dari zaman persekolahan akan berkekalan sehingga ke akhir hayat... insyallah.




AHLI JAWATAN KUASA ASBUDI

  • Penaung : YB Abdul Shukur Bin Idrus ( ADUN Kuang dan bekas pelajar SMK Bukit Gading )
  • Pengerusi : Saharudin Bin Simid ( H/P : 016-3866705 )
  • Naib Pengerusi : Hj. Mazli Bin Mat Shah ( H/P : 019-3232077 )
  • Setiausaha : Maharin Bin Hamid ( H/P : 019-2100199 )
  • Pen. Setiausaha : Jamal Bin Ibrahim
  • Bendahari : Shamsul Azehar Bin Kamaruddin ( H/P : 019-3200444 )
Ahli Jawatan Kuasa :
  1. Sohaimi Bin Shahadan
  2. Zarina Binti Mohd Nasir
  3. Zulkeplee Bin Amoni
  4. Nor Masitah Binti Ibrahim
  5. AzmiBin Shamsuri
  6. Salihin Bin Abu Bakar
  7. Saparudin Bin Hj. Hussain @ cikgu Apai
  8. Noor Alhady Bin Abd Wahab
  9. Mohamad Hatta Bin Shafii
  10. Nor Azman Bin Osman
  11. Shamugam a/l Ramachandaram
  12. Hafizah Binti Ismam
  13. Mazliah Binti Mat Shah

Tiada ulasan: